Monday 8 July 2013

Klassifikasi Anemia

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum semua 
diharapkan sehat2 selalu

hampir setahun , aku b'pijak di bumi anbiya ni
bumi yg penuh berkah
alhamdulillah

he3..nama je amek medik,,
tapi , xpernah sekali aku kongsikan ilmu medik

ok lah.. atas permintaan pembaca blog ni (t'utamanya MAK)
yg selalu sgt nak dengar cerita tentang ilmu medik
,,,
hari ni  anak mak ni nak cerita pasal  ANEMIA
p'nah dengar x nama peyakit ni ?
atau dipanggil kurang darah
kitaorang kat sini , belajar tajuk ni dlm subjek Physiology

sel darah merah (RBC)
...
ANEMIA 
anemia merupakan perkataan yg b'asal drpd bahasa Greek
yg b'maksud tiada darah

anemia diklassifikasikan kpd 2 :

1 . Etiologi (sebab2 penyakit) 
  • pendarahan akut (haemorrhagic)
cth :  ulser peptik , buasir dan epistaxis
  •  pemusnahan sel darah yg keterlaluan (haemolytic)
(a) kecacatan intrakorpuskular (dlm RBC) ,
disebbkan oleh;

- kecacatan enzim (kekurangan G-6-P-D)

(b) kecacatan ekstrakorpuskular (luar RBC) ,
disebbkn oleh ;

-agen b'jangkit seperti malaria
-bahan kimia yg beracun 
-agen b'bentuk fizikal seperti haba (t'lebih)
-bisa ular
-pemindahan darah yg x serasi
  • penghasilan sel darah berkurangan
yang disebbkan :

(a) anemia nutrisi
kekurangan pengambilan zat besi, folik asid , protein ,  
vitamin C dan B12

(b) anemia aplasia
tulang sumsum yg tidak b'fungsi dgn baik akibat drpd kesan toksik,
jangkitan, barah dan X-ray  
 

2 . Morfologi (struktur /bentuk darah)
klassifikasi ini b'dasarkan saiz dan kandungan Hb dalam sel darah 

  • Anemia Normositik (normal MCV) Normokromik (normal MCH)
cth :
pendarahan akut , hemolisis , anemia aplasia
dan pengurangan  penghasilan eritropoitein disebbkan hati dan buah pinggang
 gagal b'fungsi

  • Anemia Mikrositik (MCV tinggi) Hipokromik (MCH rendah)
cth :
anemia kekurangan zat besi , kehilangan darah yg kronik,
  • Anemia Makrositik (MCV tinggi) Hipokromik (MCH tinggi)
 cth :
anemia kekurangan  Vitamin B12 dan Folik Asid
...
perbezaan  antara darah normal dan anemia
 
*** 
MCH 
Mean Corpuscular Hemoglobin
(purata bilangan Hb dlm sel darah)
MCV 
Mean CorpuscularVolume
(purata bilangan setiap sel darah merah)

ok !!! sampai di sini sahaja untuk kali ini
moga info yg sedikit ini mampu memberikan manfaat b'guna
nanti...kita sambung topik ni untuk entry akan datang ye
fffuuuhhh,,,
baru cerita pasal klassifikasi anemia ni
 belum lagi cerita simptom2 ngan treatment penyakit ni
xpelah,,insyaallah kita jumpa lagi
Assalammualaikum
... 




Sunday 7 July 2013

Air Tamarin di Musim Panas

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum semua ...
diharapkan berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya

kami..pelajar2 mesir di sini..sihat2 sahaja,, alhamdulillah
jangann risau , ok !!!

semalam ..aku ngan housem8 pergi Ziraah untuk buat visa
setelah sekian lama kami  nanti-nantikan misi t'akhir ini
yeay3 !!! nanti ,, xpayahlah bayar denda at airport

Visa tu apa?
visa adlh dokumen yg dikeluarkan olh sesebuah negara 
b'tujuan memberi izin kepada seseorang itu untuk keluar masuk
dari negara t'sebut berdasarkan tempoh dan tujuan tertentu
.
cop visa yg kami nanti-nantikan

sebenarnya..apa yg nak diceritakan hari ni adlh mengenai
air tamarin / air asam jawa

yelahhh..dah masuk musim panas ni,,
tekak memang cepat kering

so, apa lagi..

pengusaha-pengusaha gerai menjual air..
telah mengaut  peluang yang ada ini untuk meningkatkan  
hasil pendapatan mereka

buktinya ???

banyak gerai-gerai bergerak yg menjual air sejuk
(air tamarin / air asam jawa)
di tepi jalan 

boleh dikatakan.. kalau beli air sekali..pastu air tu abes...
belum sempat haus lagi ,, da jumpa gerai lain

macam nilah rupanya gerai bergerak
sebungkus = 1 genih
ok!!! sampai di sini sahaja untuk entry kali ni
assalammualaikum



Friday 5 July 2013

Siapa Sebenarnya Dr. Mohamed Mursi ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum semua

semoga semua berada dalam keadaan sehat sejahtera hendaknya

Dr.Mohamed Mursi
semalam,,
bangun dari tidur jer.. hausemate ku telah sibuk b'cerita mengenai 
berita hangat yg sedang dipersoalkan dalam laman 'facebook'
iaitu..
mengenai penggulingan pemerintahan perdana menteri Mesir yg ke-5
iaitu Dr.Mohamed Mursi

berita itu telah mengejutkan seluruh warga Mesir 
t'masuklah student2 Malaysia di sini

agaknya .. apakah yg akan b'laku selepas ini?
apakah naseb yg bakal diterima olh rakyat Mesir selepas ini?

kami..student2 di sini ,, yg hanya menumpang belajar di negara org 
turut berasa simpati dan terus menanti jawapan yg tiada kesudahannya

apa2pun..ini semua ketentuan ALLAH S.W.T
ingatlah semua
bahawa
ALLAH S.W.T adalah sebaik-baik perancang
Dia Maha Mengetahui apa yg tidak kita ketahui

tetapi..
ada suatu p'kara yg menghentap diri ini

setelah Dr.Mursi digulingkan
barulah aku menyedari akan kehilangan seorang pemimpin Islam yg b'kaliber

mungkin disebabkan
 dia baru sahaja menjadi perdana menteri Mesir pada 30 Jun tahun lepas
menyebabkan aku kurang cakna siapakah dirinya yg sebenarnya

ermmm...
xpe..kpd sape yg blum mengenali siapakah Dr.Moamed Mursi itu..
mari ..kita kongsi b'sama-sama :

Dr. Mohamed Mursi
...
Dr. Mohamed Mursi

merupakan Perdana Menteri ke -5 Mesir
dilahirkan pada 8 Ogos 1951 (62 tahun )
di Syarqiah / Zagazig , Mesir

anak sulung kepada 5 orang adik-beradik
ayah bekerja sebagai seorang petani , 
manakala 
ibunya seorang suri rumah

mendapat Ijazah dan Master dlm pengajian di Universiti Cairo
pada 1975 dan 1978

menyambung pengajian untuk PhD dalam bidang Sains Bahan 
di Universiti Sourthen California , U.S
pada 1982 dengan tesisnya 
yg b'tajuk
' High Temperature Electrical Conductivity and Deffect Structure of Donor -Doped Al2 O3 '

seterusnya menjadi pembantu professor 
di California State University , Northridge
daripada 1982-1985

kemudian, kembali  ke Mesir dan b'khidmat sebagai 
Ketua Jabatan Kejuruteraan 
di Universiti Zagazig

menjadi seorang professor 
sehingga
2010
...
sebenarnya,,semua info ni
diambil dari makcik Wikipedia
so,,sape2..yg nak mengetahui lbh lanjut mengenai
Dr.Mursi , bolehla search dekat wiki ye

he3..itulah sedikit sebanyak yg dapat dikongsikan b'sama 
untuk entry kali ini
sekiranya ada maklumat yg salah 
silalah..betulkan

"manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan"


assalammualaikum
....

Thursday 4 July 2013

Ibu ,Ayah Jangan Risau... Kami di sini selamat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum semua ...
diharapkan sehat sentiasa 

[OPS 306]


KEADAAN PELAJAR MALAYSIA DI MESIR

mungkin.. sekarang ni kebanyakkan ibu bapa pelajar2 yg 
menyambung pelajaran di Mesir ' tak senang duduk' memikirkan keselamatan 
anak2 mereka yang tercinta
...
tidak kira lah ,, di mana anak mereka belajar...
sama ada ;
universiti Iskandariah / Al-Azhar /Tanta / Mansurah mahupun Zagazig

alhamdulillah,,,
untuk pengetahuan semua ibu bapa yg berada di Malaysia,
sebenarnya , tiada apa yang perlu dirisaukan tentang keselamatan 
pelajar2 di sini
...
hal ini berikutan , wujudnya sistem keselamatan yang telah dilaksanakan oleh
Biro Keselamatan Perubatan Cawangan Zagazig (PCZ) melalui [OPS 306] 
 dan JAKSI Zagazig

laman 'Facebook' telah menjadi medium utama bagi meraka 
dalam menyalurkan pekeliling semasa
kepada seluruh warga Zagazig

antara usaha2 yg telah dilaksanakan adalah seperti :
Bilik Gerakan Keselamatan
Borang Maklumat Kecemasan Mahasiswa/wi Universiti Zagazig
 ...
Bilik Keselamatan Gerakan

diwujudkan sbg langkah p'sediaan mghadapi sebarang  kemungkinan
bilik gerakan ini akan b'operasi b'mula pada 28/6 - 1/7
lokasinya di Zagazig Malaysian Student Hall (ZMSH)

Borang Maklumat Kecemasan Mahasiswa/wi Universiti Zagazig
 
sebagai langkah p'sediaan bagi pihak PCZ untuk mengemaskini 
semua data & maklumat t'kini keberadaan mahasiswa/wi Universiti Zagazig
dlm menempuh sebarang kemungkinan yg akan b'laku menjelang 30 Jun yang lepas 

...
so,,, kepada semua ibu dan ayah yang berada di Malaysia
 jgn risau ye

...
sekian,, 
sampai..di sini untuk kali ini
assalammualaikum

God of Study

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum semua :)

he3.. da 2 hari skip update blog ni
almaklumlah...
busy ngan "God Of Study" (drama korea)

drama ni best glerrrr...x rugi tengok
especially kpd student2 and cikgu2 
WAJIB tonton

God of STUDY
...
 GOD OF STUDY

Tahun : 2010
Pengarah : Yoo Hyun Ki
Genre : sekolah , komedi 
Episod : 16 Episod
   ...
drama yg membangun dan b'motivasi
drama ini mengisahkan  Kang Suk Ho (seorang peguam biasa )
yang memutuskan untuk mengambil pekerjaan di sekolah tinggi  yg berdekatan

 
 Selepas melihat keadaan sekolah yg miskin dan semua pelajar mempunyai gred yg teruk, 
Suk Ho memutuskan untuk mencipta kelas 'Chun Ha Special Class'
kelas yang
 menjanjikan kemasukan  ke kolej yang paling berprestij di Korea, "Chun-Ha-Dae Universiti."

barisan pelakon utama dlm " God of STUDY "

 Lima daripada pelajar yang paling malas :
 Hwang Baek Hyun, Gil Pul Ip, Na Hyun Jung, Hong Chan Doo, dan Oh Bong Goo menyertai kelas tersebut untuk membuktikan bahawa mereka boleh melakukannya 
dengan kerja keras dan tanpa putus asa
...
apakah kesudahannya???
adakah mereka semua b'jaya melayakkan diri ke universiti yg diimpikan ?


 so..
kpd sape2 yg x tengok lagi
try..cari cerita ni at youtube ye

sekian...daripada saya untuk entry pada kali ini
assalammualaikum
...