Friday, 5 July 2013

Siapa Sebenarnya Dr. Mohamed Mursi ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum semua

semoga semua berada dalam keadaan sehat sejahtera hendaknya

Dr.Mohamed Mursi
semalam,,
bangun dari tidur jer.. hausemate ku telah sibuk b'cerita mengenai 
berita hangat yg sedang dipersoalkan dalam laman 'facebook'
iaitu..
mengenai penggulingan pemerintahan perdana menteri Mesir yg ke-5
iaitu Dr.Mohamed Mursi

berita itu telah mengejutkan seluruh warga Mesir 
t'masuklah student2 Malaysia di sini

agaknya .. apakah yg akan b'laku selepas ini?
apakah naseb yg bakal diterima olh rakyat Mesir selepas ini?

kami..student2 di sini ,, yg hanya menumpang belajar di negara org 
turut berasa simpati dan terus menanti jawapan yg tiada kesudahannya

apa2pun..ini semua ketentuan ALLAH S.W.T
ingatlah semua
bahawa
ALLAH S.W.T adalah sebaik-baik perancang
Dia Maha Mengetahui apa yg tidak kita ketahui

tetapi..
ada suatu p'kara yg menghentap diri ini

setelah Dr.Mursi digulingkan
barulah aku menyedari akan kehilangan seorang pemimpin Islam yg b'kaliber

mungkin disebabkan
 dia baru sahaja menjadi perdana menteri Mesir pada 30 Jun tahun lepas
menyebabkan aku kurang cakna siapakah dirinya yg sebenarnya

ermmm...
xpe..kpd sape yg blum mengenali siapakah Dr.Moamed Mursi itu..
mari ..kita kongsi b'sama-sama :

Dr. Mohamed Mursi
...
Dr. Mohamed Mursi

merupakan Perdana Menteri ke -5 Mesir
dilahirkan pada 8 Ogos 1951 (62 tahun )
di Syarqiah / Zagazig , Mesir

anak sulung kepada 5 orang adik-beradik
ayah bekerja sebagai seorang petani , 
manakala 
ibunya seorang suri rumah

mendapat Ijazah dan Master dlm pengajian di Universiti Cairo
pada 1975 dan 1978

menyambung pengajian untuk PhD dalam bidang Sains Bahan 
di Universiti Sourthen California , U.S
pada 1982 dengan tesisnya 
yg b'tajuk
' High Temperature Electrical Conductivity and Deffect Structure of Donor -Doped Al2 O3 '

seterusnya menjadi pembantu professor 
di California State University , Northridge
daripada 1982-1985

kemudian, kembali  ke Mesir dan b'khidmat sebagai 
Ketua Jabatan Kejuruteraan 
di Universiti Zagazig

menjadi seorang professor 
sehingga
2010
...
sebenarnya,,semua info ni
diambil dari makcik Wikipedia
so,,sape2..yg nak mengetahui lbh lanjut mengenai
Dr.Mursi , bolehla search dekat wiki ye

he3..itulah sedikit sebanyak yg dapat dikongsikan b'sama 
untuk entry kali ini
sekiranya ada maklumat yg salah 
silalah..betulkan

"manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan"


assalammualaikum
....

Thursday, 4 July 2013

Ibu ,Ayah Jangan Risau... Kami di sini selamat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum semua ...
diharapkan sehat sentiasa 

[OPS 306]


KEADAAN PELAJAR MALAYSIA DI MESIR

mungkin.. sekarang ni kebanyakkan ibu bapa pelajar2 yg 
menyambung pelajaran di Mesir ' tak senang duduk' memikirkan keselamatan 
anak2 mereka yang tercinta
...
tidak kira lah ,, di mana anak mereka belajar...
sama ada ;
universiti Iskandariah / Al-Azhar /Tanta / Mansurah mahupun Zagazig

alhamdulillah,,,
untuk pengetahuan semua ibu bapa yg berada di Malaysia,
sebenarnya , tiada apa yang perlu dirisaukan tentang keselamatan 
pelajar2 di sini
...
hal ini berikutan , wujudnya sistem keselamatan yang telah dilaksanakan oleh
Biro Keselamatan Perubatan Cawangan Zagazig (PCZ) melalui [OPS 306] 
 dan JAKSI Zagazig

laman 'Facebook' telah menjadi medium utama bagi meraka 
dalam menyalurkan pekeliling semasa
kepada seluruh warga Zagazig

antara usaha2 yg telah dilaksanakan adalah seperti :
Bilik Gerakan Keselamatan
Borang Maklumat Kecemasan Mahasiswa/wi Universiti Zagazig
 ...
Bilik Keselamatan Gerakan

diwujudkan sbg langkah p'sediaan mghadapi sebarang  kemungkinan
bilik gerakan ini akan b'operasi b'mula pada 28/6 - 1/7
lokasinya di Zagazig Malaysian Student Hall (ZMSH)

Borang Maklumat Kecemasan Mahasiswa/wi Universiti Zagazig
 
sebagai langkah p'sediaan bagi pihak PCZ untuk mengemaskini 
semua data & maklumat t'kini keberadaan mahasiswa/wi Universiti Zagazig
dlm menempuh sebarang kemungkinan yg akan b'laku menjelang 30 Jun yang lepas 

...
so,,, kepada semua ibu dan ayah yang berada di Malaysia
 jgn risau ye

...
sekian,, 
sampai..di sini untuk kali ini
assalammualaikum

God of Study

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum semua :)

he3.. da 2 hari skip update blog ni
almaklumlah...
busy ngan "God Of Study" (drama korea)

drama ni best glerrrr...x rugi tengok
especially kpd student2 and cikgu2 
WAJIB tonton

God of STUDY
...
 GOD OF STUDY

Tahun : 2010
Pengarah : Yoo Hyun Ki
Genre : sekolah , komedi 
Episod : 16 Episod
   ...
drama yg membangun dan b'motivasi
drama ini mengisahkan  Kang Suk Ho (seorang peguam biasa )
yang memutuskan untuk mengambil pekerjaan di sekolah tinggi  yg berdekatan

 
 Selepas melihat keadaan sekolah yg miskin dan semua pelajar mempunyai gred yg teruk, 
Suk Ho memutuskan untuk mencipta kelas 'Chun Ha Special Class'
kelas yang
 menjanjikan kemasukan  ke kolej yang paling berprestij di Korea, "Chun-Ha-Dae Universiti."

barisan pelakon utama dlm " God of STUDY "

 Lima daripada pelajar yang paling malas :
 Hwang Baek Hyun, Gil Pul Ip, Na Hyun Jung, Hong Chan Doo, dan Oh Bong Goo menyertai kelas tersebut untuk membuktikan bahawa mereka boleh melakukannya 
dengan kerja keras dan tanpa putus asa
...
apakah kesudahannya???
adakah mereka semua b'jaya melayakkan diri ke universiti yg diimpikan ?


 so..
kpd sape2 yg x tengok lagi
try..cari cerita ni at youtube ye

sekian...daripada saya untuk entry pada kali ini
assalammualaikum
...

Sunday, 30 June 2013

Kesengsaraan SYRIA !!!



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum

Alhamdulillah .. kte masih dberi kesempatan tuk b'nafas pada ary ini
dengan peluang yg dberi ini..
marilah kte sama2 meningkatkan amal ibadah 
dan terus b'usaha tuk istiqamah 
p/s tuk semua n jge diri ini yg sentiasa lalai dgn arus duniawi

chayokkk3!!!



erm.. apa yg ingin dkongsikan pada ary ni adlh mengenai ;

...
BENTUK2  KEZALIMAN  YANG  B'LAKU  KETIKA  SAURAH

  1.  Dalam masa 42 hari , 42000 org rakyat Syria tlh syahid
  2. 39000 cedera , tidak dirawat dan dibiarkan sahaja
  3. ( Doma ,Syria )19 org doktor & 40 org pesakit di hospital dibunuh tentera Assad  
  4. 9000 tahanan ditahan 
  5. 413 org syahid dalam penjara
  6. Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat2 yg tidak diketahui. Wanita2 itu dirogol dan dihadapan ahli keluarga mereka . Sebelum dirogol, mereka digari
  7. Seorang ukhti , Zainab al-Husni dari Hims telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yg menangkapnya. Namun, dia melawan , lantas beliau dibunuh dan  dipotong 4 kerat. Anggota badan yg dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik , lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
  8. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yg tak disukai
  9. Menyuruh menukarkan  Laa Ilaha  Basyar Assad
  10. Basyar Assad juga dari kelompok syiah yg t'keluar drpd Islam & mengharuskan pembunuhan muslim SUNNI.
...

84 % posisi kepimpinan rejim Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka
 yg t'diri drpd 3 keluarga besar

6% posisi t'sebut drpd kaum Ajam

10% drpd golongan Kuffar

...

RAKYAT YANG KELUAR B'MONSTRASI AKAN MANDI DAN B,WUDHUK 
KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI 

 sekian , untuk entry pada kali ini...

Friday, 28 June 2013

Air Mata SYRIA !!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum semua :)
dharapkan sehat2 belaka

ary ni , sperti mana yg tlh djanjikan smlm..
owg nak cerita tentang 
ketika zaman pemerintahan Hafeez al-Assad 
&
punca kebangkitan rakyat SYRIA


...
 ZAMAN HAFEEZ AL-ASSAD

konflik b'darah sebenarnya sudah b'mula sejak pemerintahan Hafeez al-Assad
(ayah kepada Basyar al-Assad)

Hama , Syria (1982) -konflik b'darah b'laku sepanjang 27 hari,
mengorbankan hampir 46000 penduduk .

peristiwa t'sebut menyebbkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik 
untuk sekian lama

namun , kini .. rakyat telah mula bangkit semula menentang kezaliman yg b'laku

revolusi b'mula di Hama , kemudian merebak ke bandar2 lain seperti 
Dar'aa , Hauran , Halab bahkan sehingga ke 157 tempat di Syria
...

PUNCA KEBANGKITAN

setelah lama rakyat Syria mendiamkan diri dari politik .. 

akhirnya ... mereka mula sedar dan terus bangkit menentang kezaliman

kebangkitan pada kali ini bermula apabila ;

sekumpulan kanak -kanak seramai lingkungan 28 orang b'main-main 
dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka .

mereka menulis " RAKYAT MAHU JATUHKAN RAKYAT "

pasukan keselamatan Syria menangkap kanak2 t'sebut 
mereka diseksa dgn cara mencabut kuku tangan dan kaki

salah seorang drpd mereka tlh meninggal 

keluarganya  meminta , mayat kanak2 tersebut 
dan b'harap agar kanak2 lain dlepaskan

namun..

kerajaan meletakkan syarat dimana bila mahu dbebaskan kanak2 itu,
mereka perlu menyerahkan wanita2 dkalangan mereka untuk dinikahi 
oleh puak2 kerajaan Syria

(itu merupakan satu penghinaan)

maka b'lakulah kebangkitan rakyat ..sehinggalah kini 

...

sumber maklumat :

Thursday, 27 June 2013

SYRIA !!! Maafkan Kami ....

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum
:)

sehat? klu sehat..ucaplah alhamdulillah
ingatlah,,
demi masa 
 "sehat sebelum sakit"

t'utamanya kpd yg berada di Malaysia tu,, jaga2lah kesihhatan,
b'ikutan masalah jerebu yg makin meruncing

apa2 pun b'sabar..mgkin jerebu ini satu kafarah dosa untuk rakyat Malaysia khusunya

ok ,,, b'balik pada tajuk 'entry' pada kali ni,
"SYRIA !!! Maafkan Kami... "
awak2 semua ni tahu x kisah sebenar SYRIA ni ???
sebgai umat islam kte kena cakna..
lebih2 lagi yg melibatkan saudara2 seaqidah kte..

Syria !!!

...
SYRIA
Ibu Negara : Damsyik
Kerajaan : Republik B'presiden
Presiden : Bashar al-Assad
Perdana Menteri : Muammad Naji Etri
...
 KRONOLOGI SYRIA
Syria mendapat kemerdekaan dri Perancis (1945)

Syria menjadi negara yg b'kepimpinan diktator

Kerajaan pemerintahannya diketuai olh Hafeez al-Assad yg b'pegang teguh pd 
pelampau ajaran Syiah (Syiah Nusairiyah)

setelah Hafeez al-Assad memerintah selama 32 tahun,, 
takuk pemerintahan tlh diambil alih oleh anaknya , Basyar al-Assad

.........................................................................................................................................

Hafeez al-Assad yg b'pegang teguh pd Syiah Nusairiyah menyimpan perasaan dengki
t'hadap muslim SUNNI ( mencaci & mghina Saiditina Aishah & Ummahatul Mukminin R.A ,
dan mereka juga tidak solat di masjid Ahli Sunnah Waljamaah)

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yg t'kenal dgn Syiahnya
Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafeez yg membunuh rkyatnya sendiri.

Begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafeez al-Assad 

........................................................................................................................................

begitulah...
sedikit sebanyak ,, yg dpt dkongsikan pada kali ini...
insyaallah,,'entry' yg akan datang,,
saya akan mengisakan mengenai 
- revolusi yg b'laku ketika zaman pemerintahan Hafeez al-Assad
-punca kebangkitan rakyat

..........................................................................................................................................

sumber maklumat ini :

sekian..
sama2lah kite mendoakan kesejahteraan dan kemenangan 
seluruh umat islam di dunia x kira dimana mereka berada

Wednesday, 19 June 2013

Fatrah Final Exam ;)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum.. :)
 kepada mak yg at Malaysia...maaf sgt2 sebb anakandamu ini da lama x mgupdate blogg..
he3 !!!
maklumlah sibbukk nak EXAM ;)
semalam ,,, b'akhir sudah exam written.. tinggal satu exam oral (BIOCHEM) & BI..
ffffuuuuhhhh. ....  
الحمدلله ِ
ALLAH masih bagi peluang tuk jawab soalan2 ary tu... tq ALLAH
apa2 pun owg hanya b'tawakal..setelah b'hempas pulas..
إنشا الله
pasti ada jalan... ALLAH tu Maha Pemurah :)
terima kaseh sgt2 pada mak yg x p'nah putus asa mendoakan kejayaan anakmu ini..
sayang MAK lebih ;)

my lovely ummi :)
apa yang penting..kte dah usaha sehabis baik..      
Ya ALLAH.. Kau Maha Mengetahui akan hamba-hambamu ini.. 
bantulah aku dan saudara2 seislamku... yg sedang menuntut ilmuMU..
xkira dmana mereka berada..
kuatkanlah hati-hati kami.. Ya ALLAH..
sesungguhnya hati-hati ini milikmu Ya ROBB
berkatilah,redhailah dan rahmatilah ilmu yg kami pelajari ..
berikanlah kami kesabaran dan kekuatan 
dalam menghadapi segala ujian untuk mencari redhaMU ..
terangilah hati-hati kami untuk melihat segala hikmah yang tlh engkau
hadiahkan di sebalik ujian2MU ..
sesungguhya engkau Maha Mengetahui apa yg t'baek untuk setiap hamba-hambamu..

Amin.. Ya Robbal Alamin..
  ...
dlm sudut kesibukan s2dent medic di sini mghadapi fatrah exam ary tu,,
kami (especially aq)..dikejutkan ngan berita yg amat mendukacitakan.. 
salah seorang bapa rakan aq (Nur Syuhada Binti Abu Bakar) telah kembali ke rahmatuallah.,
sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah..
semoga rohnya dtempatkan dklgn org yg b'iman:)

aq panggil syuhada dgn pggilan syud :)..
bapa syud meninggal ketika tidur..dan dkatakan sebb kematian adlh serangan jantung..
syud duduk sebelh aq dlm exam..tu yg aq rase sedih sgt2...
mcm mnelh dye hadapi ujian itu..
namun, aq sedar..bahawa ALLAH xkan menurunkun sesuatu ujian 
kpd hmbanya itu melainkan dia mmpu tuk mgharunginya
...
so, rasanyer sampai di sini sajalah tuk kali ini
nanti kte jumpa agy ok ;)
assalammualaikum
...